Sabtu, 27 April 2013

pilihan antara nafsu dan iman ( bahagian 3 )


Takkan lari gunung dikejar

Itulah pepatah orang terdahulu.Walaupun kita cuba untuk menjauh sekalipun,kalau dah namanya jodoh,tidak akan kemanapun.File bertimbun diatas mejanya.Banyak kerja yang telah tertunggak.Imran cuba menenangkan diri meskipun sudah berkali-kali dia cuba melelapkan mata.Terimbau kembali kenangan ketika dihotel dahulu..

"Asyraf..Mana dia perempuan yang kau suka tu?Aku tak sabar nak tengok."Mataku liar mencari kelibat wanita yang diidamkan oleh sahabatku ini.Si Asyraf ni bukan mudah terpikat dengan wanita.Ramai je yang yang tergila-gilakan dia tapi dia je jual mahal.

"Sabarlah..Nanti dia datanglah tu."Jawab Asyraf bersahaja.Tiba-tiba,kami terpandang satu kelibat yang memakai baju kurung bewarna biru disulamkan dengan manik bewarna-warni dan tudungnya dililit ala-ala hanatajima.Perfect!

"Itulah dia...Ainul Mardhiah."Mata Imran tidak berkelip memandang gadis itu.Cantik sungguh orangnya.Pandai si Asyraf ni pilih.Tapi kenapa dia tolak Iffa?Padahal Iffa pun tak kurang hebatnya.
"Assalamualaikum.."Ainul Mardhiah menyapa.Suaranya yang lembut menusuk kekalbuku."Eh..Apa aku buat ni?Aku tak boleh mengkhianati persahabatan gara-gara seorang perempuan.Lagipun..Asyraf sudah banyak berkorban untukku..Jadi aku yakin sangat yang Asyraf masih tak meluahkan hasratnya pada Ainul Mardhiah."Fikirku.Aku mula mengatur stratergi.

"Mardhiah..Ini kawan saya,nama dia Imran."Asyraf bersuara.Aku hanya tersenyum saja.

"Selamat hari jadi.Terima kasih sebab jemput saya sekali."Ujar Ainul Mardhiah sebagai tanda penghargaan.

"Kasihmu diterima.Asyraf aku nak ambil air kejap.Kau haus tak?"Ajuku mula mengatur stratergi.

"Hem boleh jugak."Jawabnya ringkas.Hatiku melonjak kegembiraan kerana dua ekor pelanduk sudah masuk perangkap.Aku berjalan menuju kebahagian makanan.Lalu mengambil dua gelas yang berisikan air coke.Didalamnya ku taruk ubat tidur lalu dikacau sehingga serbuk itu hilang.

"Wah gelak sakan nampak.Ini dia air untuk sahabat aku."Ujar ku sambil menghulurkan gelas.

"Terima kasih birthday boy.."Ucap Asyraf.Aku melihat mereka berdua minum air tersebut.Hatiku tertawa girang.Nampaknya rancangan aku berjaya dan hanya menunggu hasilnya sahaja.

"Jom menari Ainul."Ajakku.Namun gadis itu menolak.Aku semakin kagum dengan pilihan hati Asyraf."Patutlah mamat ni gilakan si Ainul Mardhiah..Liat nak dapat rupa-rupanya."Hatiku berbisik.Majlis berlangsung sehingga larut malam.Muzik mula bertukar,daripada muzik yang lembut berubah  menjadi muzik keras.Hal ini membuatkan Ainul Mardhiah tidak lagi berasa selesa untuk tetap duduk disitu.Pandangnya beralih kearah Asyraf.Lelaki itu sudahpun terlena dibuai mimpi.Kini tinggal gadis itu sahaja yang tidak menari disitu.Sedangkan tetamu yang lain ralit menari tanpa sedarkan diri.Dia membuat keputusan untuk meninggalkan majlis tersebut kerana tidak mahu  membuang masa lantas membuka langkah menuju ke pintu keluar..Namun sebaik sahaja dia berdiri kepalanya terasa sakit dan pandangannya mula kabur.Dunianya bagaikan berpusing.Semuanya berubah kelam dan akhirnya dia jatuh rebah kebumi.

"Maafkan aku Ainul Mardhiah.Tapi aku nak Asyraf bahagia."Bisikku ketelinga Ainul Mardhiah.Aku memberi isyarat kepada dua orang lelaki supaya mengangkat sahabatku itu ke kamar yang telah ditempahku tadi.

Setelah itu,aku membayar mereka dengan mengeluarkan not 1 K setiap seorang.Aku meminta mereka untuk pergi dari situ.Pintu kamarku tutup.Dua-dua sudah terbaring diatas katil.Bilik itu ku biarkan berselerak.Kemudian aku meletakkan Ainul Mardhiah untuk berada dalam dakapan Asyraf.

"Perlukah aku membuka bajunya agar kelihatan lebih real?"Soal hatiku.Namun aku menggelengkan kepala agar tidak berlebih-lebihan.

"Siap.Biarlah macam ini.Besok pagi kalau mereka dah sedar mereka pasti ingat seperti ada sesuatu yang sudah berlaku diantara mereka berdua."Tanpa mengubah lagi kedudukan mereka,Imran melangkah keluar dari kamar lalu mengunci bilik itu sebelum beransur pulang.Dia mengupah seorang lelaki untuk mengawasi bilik tersebut.Agar tiada sesiapapun yang memasuki kedalam bilik itu.

"Boss..."Lamunanku terhenti.Ya Allah sudah jauh anganku melayang.Nasib baik aku tersedar kalau tidak pasti pejabat ini menjadi tempat tidurku.

"Maafkan saya.Hem ada apa-apa perkembangankah?"Ajuku sebaik sahaja tersedar ada perkara yang jauh lebih penting yang perlu aku persiapkan.Aku kembali fokus dengan kerjaku.

"Ada boss...Firstly,company kita sudah berjaya meningkatkan semula Cahaya Holding's dan secondly kami dah jumpa dia boss."Berita itu membuatku tersenyum lebar.Alhamdulillah ya Allah setelah kejahatan yang aku buat kau tetap membalasnya dengan kebaikan..

"Terima kasih Murni.Hem bagi saya alamat dia.Kalau boleh tolong cancelkan semua meeting yang ada hari ini dan beritahu pada mereka saya tiada, outstation."Arahku.Aku memakai kot yang tersidai dibangku lalu keluar dari pintu pejabat.Tiba-tiba aku terlanggar dengan seorang gadis dari arah bertentangan.Habis kertas terlepas dari tangannya.

"Ooppss maafkan saya cik.Maafkan saya."Pohonku.Aku mengutip helaian kertas yang terjatuh lalu dikumpulkan menjadi satu.Kemudian aku hulurkan helaian kertas itu kepada pemiliknya.

"Terima kasih.."Ucapnya lembut.Mendengar suara itu aku terus berpaling kearah gadis itu.

"Iffa?!What are you doing here?"Ajuku sedikit teruja.

"Ouh Imran..I just want too settle all of this."Gadis itu membelek helaian kertas yang berada ditangannya.

"Okey bak sini.Hem...Proposer yang awak buat ni dah cukup bagus dan kali ini saya terima."Jelas terpancar sinar kebahagiaan diwajahnya.Tidak pernah aku melihat gadis ini tersenyum sebelum ini.Namun hari ini dia kelihatan berbeza sekali.

"Iffa...I have one question and hope you dont mind."Aku mula menyusun kata.

"Okey"Balasnya kembali serius.

"You ingat lagi pada Asyraf?"Soalku cuba menguji.Aku hanya mahu melihat agaimana reaksi gadis ini.Sekiranya dia dah tak mahukan Asyraf makan aku akan masuk daun.

"Asyraf...Hem I tak tahu nak cakap apa..Mostly i just ikut apa yang papa i suruh je dan i takde apa-apa perasaan pun kat dia."Bicara Iffa jujur.Memang itu yang terbuku pun.Hatinya meronta-ronta ingin melepaskan diri dari pernikahan itu dahulu.Malahan,dia sudah lama menaruh hati pada Imran secara diam.

"Kalau begitu baguslah.I nak jumpa parents you nanti."Aku mula bersuara setelah mengenal pasti bahawa sudah jelas yang Iffa tidak menyimpan sedikit pun perasaan pada Asyraf.

"Untuk?"Iffa cuba meminta kepastian

"Melamar you."Aku menjawab ringkas.Pipi Iffa merona merah.Tidak disangkanya bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan.

"Ouh one more thing.Temankan saya ke satu tempat boleh?"

"Kemana?"Soalnya aneh.

"Hulu Langat sekarang sebab kita perlu berjumpa dengan seseorang."Terangku.Iffa hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju.Kami mengorak langkah menuju ketempat pakir kereta.Tiba di pakir kereta,aku menekan alat kawalan jauh untuk membuka kunci kereta Ferrari bewarna merah yang berada tidak jauh daripada lift.Kami memboloskan diri kedalam kereta lalu aku menghidupkan enjin dan berlalu pergi...




**************************************************************************************************************************




"Ya Asyraf!! Illa aina?" Aju Abang Mujahed.Aku berpaling kearahnya sambil tersenyum.Aku sudah yakin dengan keputusanku setelah seminggu berfikir.

"Ilal Ghurfatul mudir ya akhi." Jawabku lancar.Rasa gembira sahaja setelah berjaya menguasai bahasa Al-quran ini..Duniaku kini dah berubah tiidak seperti duniaku yang sebelum ini...Sosial dan tidak terbatas.

"Toyyib..Walakin al an maujud assyabab wal akhowat fil masjid.Mumkin enta ta'rifuha." Terang abang Mujahed.Aku berasa aneh.Siapa pula yang mencari aku disini?Setahuku,tiada sesiapapun yang tahu bahawa aku berada disini selama ini.Aku mengekori langkah bang Mujahed dari belakang.Tiba sahaja dimasjid,aku melihat Muaz sedang bercakap dengan seorang lelaki.

"Hah itu dia Asyraf dah datang."Ujarnya sambil menunjukkan kearahku.Lelaki itu lantas berpaling kearahku sambil mengukirkan senyuman.Aku tergamam seketika.

"Imran!"Sebaris nama itu tidak pernah lari dari ingatanku.

"Ya..Ini aku,boleh kita berbincang diluar sekejap.Aku ada benda nak share dengan kau."Imran menarik tanganku untuk keluar dari masjid.Namun aku menepis.Hal itu membuatkan Imran terkejut dengan tindakanku yang diluar jangkaan itu.

"Sudah terlambat untuk menerangkan semuanya Imran..."Aku cuba menahan amarah.

"Asyraf please...Tolong dengar apa yang aku nak katakan dan apa yang telah berlaku ini tidak seperti yang engkau sangkakan."Imran merayu.Akhirnya aku bersetuju untuk memberinya peluang.

"Baiklah tapi aku nak Ainul Mardhiah juga tahu perihal ini dan juga ayahnya.Jom ke bilik guru besar."Ajakku.Imran berasa aneh.Hal seperti ini mana mungkin dibawa runding dibilik pegetua.Ianya hal peribadi.

"Kau gila Asyraf?Kenapa kita nak bincang kat bilik pengetua pulak?Inikan hal peribadi."Soal Imran tidak berpuas hati.

"Pengetua madrasah ini merupakan ayah kepada Ainul Mardhiah.Aku tidak mahu salah faham ini berterusan.Aku tidak mengharapkan apa-apapun cukuplah namaku dibersihkan semula."Ucapku sayu.

"Baiklah sekiranya begitu.Jom kebilik pengetua."Imran bersetuju.Akhirnya kami berjalan menuju ke bilik pengetua.


******************************************************************************************************************************



"PANG!"Satu tamparan hinggap dipipi Imran.Aku terkejut dengan tindakan drastik yang dilakukan oleh Tuan Guru.Ainul Mardhiah hanya tunduk malu dan aku pula diam membisu.

"Kenapa engkau lakukan fitnah sedangkan memfitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa mmembunuh!"Bentak Tuan guru.Imran hanya tunduk.Dia tidak berani untuk mengangkat wajahnya bertentang mata dengan bapa Ainul Mardhiah.Namun dia cuba untuk bersuara.

"Saya tahu saya silap Tuan Guru dan saya mengaku ketika itu saya hanya mahu melihat Asyraf mendapatkan apa yang dia mahu.Dia tidak meminta pun untuk saya lakukan ini semua.Saya yakin yang dia mencintai Ainul Mardhiah sebab itulah kali pertama saya lihat dia membuka pintu hatinya untuk seorang wanita."Luahan Imran membuat aku tersentap.

"Kalau kau tahu aku sayangkan Ainul Mardhiah,kenapa kau buat aku begini?Aku tidak mahu meminangnya dengan cara yang salah.Aku juga tidak bersedia lagi ketika itu!"Bentakku pula.Hatiku terhiris pilu.Aku meraut wajah beberapa kali

"Aku mintak maaf.Ainul..Asyraf tak salah.I yang salah.I just nak tengok dia bahagia dan dapat apa yang dia impikan itu sahaja.Mungkin I tak mampu nak balas budinya tapi cukuplah dengan melihat dia bahagia turut membuat hati I senang."Aku cuba menerangkan kedudukanku pada Ainul Mardhiah.

"Beginilah...Saya dah aturkan untuk menyatukan Ainul Mardhiah dengan Asyraf dan saya nak tahu kalau-kalau Asyraf sudah sedia ataupun belum untuk menerima Ainul Mardhiah sebagai isterinya."Akhirnya Tuan Haji bersuara.

"Hem.."Semua memandang kearahku.Terasa waktu seakan-akan berhenti ketika itu.Aku memandang wajah mereka bertiga silih berganti..Kemudian aku melepaskan satu keluhan berat..


***********************************************************************************************************************

"Thanks guys sebab sudi datang dan bersihkan nama aku."Aku memeluk tubuh Imran melepaskan rindu yang sekian lama terbuku.

"Takpelah dude..Aku harus perbetulkan keadaan lagipun aku tak mahu kehilangan sahabat yang macam kau.Lagi satu..Parents kau dah lama cari kau.Alhamdulillah syarikatnya berjaya diselamatkan."Terangnya panjang lebar.Satu lagi masalah aku yang masih belum selesai.

"Mereka dah bela aku.Tapi aku tak balas budi mereka.Aku bukan anak mereka Imran."Ujarku sayu.Hatiku bertambah sakit mengenangkan peristiwa itu.Meskipun sudah sebulan lebih berlalu,namun kata-kata abi masih segar diingatanku.

"Asyraf..Janganlah kau fikirkan lagi soal pernikahan kau dengan Iffa.Aku ada bawak dia sekali tu kat dalam kereta."Muncungnya kearah kereta ferrari.

"Kenapa kau bawak dia sekali?"Ajuku separuh berbisik.

"Aku nak beritahu tujuan kedatangan aku ini ada dua.Satu,menerangkan perihal sebenar dan yang kedua aku akan ingin melamar Iffa nanti.Jadi nak mintak tolong kau jadi wakil aku boleh?"Imran mengenyitkan mata.Aku tertawa mendengar permintaan Imran.

"Weh ni dikira tugas office jugak ke?"Aku mengusik.Imran tunduk tersimpul malu.Apabila lelaki itu tersenyum pasti akan kelihatan lesung pipit dan itu menampakkan lagi kekacakan diwajahnya.

"Okeylah aku nak balik.Tugas aku dah settle ingat.Balik rumah parents kau cari dan jadi wakil aku."Aku mengangguk tanda setuju.Imran lantas memboloskan diri masuk kedalam kereta ferrari bewarna merah.Aku hanya melambaikan tangan dan mataku menghantar kelibat itu pulang sehingga tidak kelihatan dari jalan.

"Lamanya you buat apa didalam sana?"Aju Iffa.Aku tersenyum lega.Tanganku memulas stereng kekiri.

"Maafkan I..You nampak tak tadi I bercakap dengan siapa?"Aku cuba menguji.

"Siapa lelaki tu?"Ternyata Iffa tidak berjaya menangkap dengan siapakah aku bercakap tadi.

"Dialah Asyraf...Hahaha semakin alim dia sekarang.Malah faseh berbahasa arab."Jelasku.Aku tidak mahu Iffa tahu bahawa aku akan melamar dia nanti.InsyaAllah selepas semuanya selesai aku akan masuk melamarnya nanti.

"Saya setuju Tuan Guru."Asyraf akhirnya mengutarakan jawapan.Ainul Mardhiah mengalirkan air mata kesyukuran.Aku menangis kegembiraan.Akhirnya Asyraf mendapat apa yang dia impikan.Alhamdulillah...

"Alhamdulillah..."Ucapku

"You ni kenapa?Dari tadi tersengih-sengih sendiri."Iffa merengek geram.

" I bahagia sangat hari ini.Asyraf akan hidup dengan insan yang dia cintai."Hatiku tidak berhenti mengucap syukur kepada Illahi.Anugerah kejujuran dibalas dengan kebahagiaan.

Aku meninggalkan Iffa dirumahnya.Sejurus selepas itu,aku terus menuju kerumah Datin Izzah untuk memberi khabar gembira  mengenai anaknya Asyraf.

Tiba sahaja dirumah Dato Faeiz,aku membunyikan hon kereta sebagai tanda isyarat.Datin Izzah mengintai dari tirai kamar.Dia tersenyum setelah mengenal pasti siapakah yang berada dihadapan rumahnya.Pintu pagar dibuka bagi memberi ruang untuk kereta Ferrari memasuki halaman rumah.

"Assalamualaikum mak cik.."Aku menyapa.Datin Izzah tersenyum menyambut huluran salamku.

"Waalaikumussalam...Dari mana kamu ni Imran?"Aju Datin Izzah.

"Saya daripada Hulu Langat mak cik.Hem..Saya ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan mak cik."Aku mula membuka bicara.

"Apa dia Im."Setelah suasana menjadi diam,aku mula menceritakan semuanya mengenai Asyraf.Datin Izzah terpempan mendengar penjelasanku.Jelas dari raut wajahnya kelihatan ceria.

"Nanti..Asyraf akan pulang membawa bakal isterinya kerumah ini.Namanya Ainul Mardhiah."Sambungku lagi.Namun apabila disebutkan sahaja soal perkahwinan,wajah wanita itu berubah suram.Aku berasa aneh lantas bertanya sekiranya terdapat apa-apa lagi masalah.

"Tidak..Bila Im menyebutkan soal perkahwinan,mak cik menjadi risau sekiranya pak cik kamu tak boleh terima berita ini.Pertelagahan antara kami sekeluarga dahulu pun adalah disebabkan perkahwinan."Datin Izzah melepaskan keluhan berat.Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"Mak cik tentu masih terfikirkan soal perkahwinan yang terbatal antara Asyraf dengan Iffa tak usahlah difikirkan lagi.Saya ingin melamar Iffa hari minggu ni dan hal ini sudah pun diketahui oleh Asyraf.Dia bersetuju untuk menjadi wakil dari pihak saya."Terangku bagi menenangkan hati Datin Izzah.Wanita itu mula tersenyum mendengar khabar itu.

"Baguslah begitu.Bilakah mak cik boleh berjumpa dengan Asyraf?"Wanita itu memandangku dengan penuh berharap.
"InsyaAllah nanti,akan saya pertemukan makcik dengan Asyraf."Datin Izzah melonjak keriangan.Tidak tahu apakah yang harus diucapkan kala ini.Semua yang menyesakkan dada dahulu menghilang bagaikan baru mendapat nafas baru.Aku terharu melihat wanita itu."Kau beruntung Asyraf..Meskipun mereka hanyalah ibu bapa angkat sahaja,namun mereka tetap menyayangimu seperti anak kandung sendiri."Getus hatiku.Cemburu yang ingin bertamu ku tepis jauh.Agar tidak menyakiti diriku sendiri.


************************************************************************************************************************


Riuh sungguh suasana dimadrasah ketika itu.Ramai dikalangan pelajar sekolah itu berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W bagi memberkati lagi majlis kala itu.Jantung aku berdegup kencang seiring dengan paluan kompang.Ya Allah...Aku seharusnya melakukan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu sebagai tanda syukur kepadaMu diatas nikmat yang tidak terhitung tingginya.

Aku menuju kekamar mandi untuk mengambil wudhuk sebelum turun ke majlis perkahwinan itu.Kedinginan air wudhuk meresap kedalam jiwaku.Hanya hidup bertahtakan jiwa hamba yang sudah terang kekufuranku..Ya Allah..Jauh perjalanan,lama kehidupan namun aku sudah jauh tersesat dari lingkaran maghfirahMu..

Selesai berwudhuk,aku menghamparkan tikar sejadah menghadap ke arah kiblat.Tiada harapan lain lagi dan yang aku inginkan hanyalah keampunan dariMu ya Allah.Aku mengangkat takbir kemudian melakukan solat sunat syukur.Ketenangan mula mengalir dalam tubuhku.Air mata keinsafan membasahi wajahku.Dalam sujudku berdoa.

"Ya Allah...
Aku bersyukur atas kurniaanMu...
Kau telah memberikan hidayahMu dan menunjukkan jalan kepadaku."

Mata Imran liar mencari kelibat Asyraf dimajlis itu namun tidak juga ditemui.Lantas dia memboloskan diri masuk kedalam rumah.

"Asyraf!!Makcik nampak Asyraf tak?Majlis dah nak bermula ni.Tapi pengantin lelakinya pula yang hilang."Jelas Imran resah.

"Tak nampak pula...mungkin dia sedang solat agaknya."Ujar Datin Izzah yang sibuk dengan persiapan pernikahan.Imran berlari menuju kebilik lantas membuka pintu kamar itu tanpa mengetuknya terlebih dahulu.Tenang hatinya melihat Asyraf sedang sujud.Dia cuba merehatkan dirinya dengan duduk diatas bangku dan menunggu Asraf sehingga selesai solatnya.

Beberapa minit telah berlalu.Namun tiada tanda bahawa Asyraf akan mengakhiri solatnya itu.Imran cuba memberanikan diri dengan menyentuh tubuh Asyraf yang kaku bersujud.
"MasyaAllah..."Meremang bulu romanya apabila mendapati bahawa tubuh Asyraf terasa amat sejuk apabila disentuh.

"Ainul...Tuan Guru.Aku harus menelefon mereka yang sedang menunggu."Tanpa membuang masa lagi Imran menekan kekunci telefon bimbitnya untuk menelefon Tuan Guru yang berada dimasjid Aqsa.

"Assalamualaikum...Tuan Haji.."Sapaku

"Waalaikumussalam w.b.t.Kenapa ni Imran?Mana Asyraf.Kenapa dia tak datang-datang lagi.Tok kadi sudah lama menunggu.."Belum sempat Tuan Haji menyambung pertanyaan telefon bimbit terlepas dari tangan.
"Kenapa abah?Aju Ainul apabila melihat perubahan dari wajah ayahnya

"Innalillahiwainnailahirajiun..Asyraf sudah meninggal dunia baru sahaja beberapa minit yang lepas."Mendengar pernyataan itu Ainul Mardhiah jatuh rebah kebumi.Semua tetamu yang hadir turut bersimpati dengan berita tersebut.Tuan guru cuba menyedarkan Ainul Mardhiah.Tubuh genit itu disentuh lembut.Namun hampa..Disentuh pada nadinya..Lantas Tuan Guru menggelengkan kepala.

"Innalillahiwainnailahirajiun....Ainul juga sudah meninggal dunia.Semua tetamu yang hadir pada hari itu menadah tangan memohon agar roh kedua-dua bakal pengantin dicucuri rahmatnya.."


JODOH,PERTEMUAN DAN PERPISAHAN TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH YANG ESA.INGATLAH SUDAH TERTULIS KESEMUA ITU SEMASA  KITA MASIH LAGI BERADA DIDALAM RAHIM IBU...

Imran masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku.Tiba-tiba dia melihat sepucuk surat yang terletak diatas meja bersebelahan dengan lampu tidur.


Bismillahirrahmanirrahim

Sahabatku Imran,maafkanlah ana sekiranya selama ini analah penyebab enta terpaksa melakukan sesuatu diluar jangkaan sehinggakan enta terpaksa menerima tamparan daripada Tuan Guru.Namun ana lebih rela jika ana mendapatkan kasih dan cinta sejati dari Ainul Mardhiah dengan penuh berhemah dan mengikut konsep islam.

Ana tidak mahu kerana nafsu,iman ana gadaikan sebagai cagaran untuk memiliki permata yang tidak ternilai harganya.Jika hari bahagia ini tidak sempat ana kecapi..Maka sampaikanlah kemaafan dari ana buat keluarga dan pihak pengantin perempuan.Ana sudah banyak melakukan zina hati dengan memendam rasa terhadap seorang gadis yang bukannya sesiapa buat ana.Terima kasih atas segala-galanya.Nasihat ana..Biarlah jika cinta dunia kita tak dapat namun cinta Allah itu mengatasi segala-galanya.Semoga pesahabatan kita berkekalan sehingga ke syurga yang abadi...




 ikhlas dari

ASYRAF

Aku menangis membaca surat itu.Baruku tahu bahawa Asyraf bukanlah mencari peneman hidupnya.Tetapi dia mencari seorang pemangkin baginya meneruskan kehidupan dan insan itu adalah Ainul Mardhiah...Selepas apa yang berlaku,majlis terpaksa dibatalkan malah kedua-dua pengantin dikebumikan.

"Asyraf..Hidupmu dahulu sebagai pejuang,manakala matiMu membuka ruang dihati setiap insan yang mengenalimu.Bersemadilah engkau dengan tenang."Imran menyapu air matanya.Tiada gunanya dia bersedih.Niatnya untuk melakukan sesuatu yang berguna seperti mana yang telah dilakukan ole sahabatnya Asyraf.Kini,Imran sudah pun berkahwin dengan Iffa.Manakala Datin Izzah dan Dato Faeiz pula sudah beroleh cahaya mata dan dinamakan sebagai Asyraf.Kematihan Asyraf memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang mengenalinya.Dato Faeiz dan Datin Izzah sudah mula berubah dan mengamalkan ilmu agama manakala Imran dan Iffa justeru mengamalkan sistem islam dalam perniagaan mereka.Alhamdulillah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan