Sabtu, 27 April 2013

pilihan antara nafsu dan iman ( bahagian 2 )


"Al-quran itu adalah penenang jiwa"
Itulah yang dikatakan oleh akhi Umar.Kini aku berasa tenang sekali setelah berjaya menghabiskan sesi pembelajaran kami.Aku sudah bisa membaca ayat-ayat suci al-quran malah sudah bisa menguasai banyak ayat suci al-quran dalam masa yang terdekat.Alhamdulillah...Bahasa arabku juga semakin bagus.Namun masih lagi tergagap-gagap.Mungkin kerana aku belum menguasai bahasa itu sepenuhnya

"Ya Syabab!Unzur!"Muaz mula bersuara bagi menarik perhatian pelajar-pelajar yang sedang mengaji diMasjid.Niatnya bukanlah mahu menganggu kami namun ada satu perkara yang penting yang hendak disampaikannya.

"Limaza Ya Soddiq?!"Aju salah sorang daripada kami.

"yujad attolibat fi hun."Sambungnya lagi.

"Man Hiya  ya soddiq?"Aju Syahrul pula.

"Ismuha Ainul Mardhiah.Bintu Al mudir fi hazihil madrasah."Nama itu...Sepertinya ada sesuatu pada nama itu.Aku berharap bukanlah dia.

"Haiyya nazhab ilal ghurfatuka." Muaz mengajak.Namun dicegah oleh abang Mujahed.

"Isbir ya soddiqi...Hiya annisa' wa antum asyabab..Hal antum tafhamin ma ma'nal adab ?Ainal imanukum?Mamnu' yanzuru ilaiki." Abang mujahed melarang keras.Ada benar juga kata-katanya itu.Masakan kita yang laki-laki mahu mengintai bunga di kota larangan.Apakah ilmu itu mengajar kita untuk mengintai gadis?Memang agama tidak melarang untuk lelaki dan perempuan itu bergaul.Tetapi dalam hal yang bagaimana?

"Naam...Haza sohih ya akhi." Umar pula bersuara.Yang lain hanya tunduk berasa malu dengan tindakan mereka.Namun Muaz hanya mendiamkan diri.Tiada niat mahu mengajak kepada keburukan namun bukankah islam menyuruh kita mengenal saudara kita.Malah islam sendiri tidak melarang kita untuk merapatkan ukhwah.Bukanlah dengan cara yang salah.Apakah cara aku ini salah?

Aku hanya memandang wajah Muaz.Mungkin dia sedang berlawan dengan peraaannya sendiri,lantas bahu kanannya ku tepuk lalu menggelengkan kepala sebagai isyarat supaya dia tidak memikirkan hal yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.Setelah reda,semua kembali menelaah kitab yang berada dihadapan mata.

Tiba-tiba aku tertarik melihat satu kelibat yang berada tidak jauh dari pintu.Seorang lelaki sedang berbisik dengan salah seorang pelajar dimadrasah ini dan namanya adalah Iqbal.Lelaki itu menunjukkan jarinya kearahku.Iqbal mengangguk lalu berjalan menuju kearahku.

"Ya Akhi..Hazihil warakah minal Tuan Guru .." Iqbal menyerahkan surat itu kepadaku.Muaz hanya memandangku.Aku membuka surat itu dan mengamati isi didalamnya.Aku berbisik kepada Umar untuk pamitkan diri sebentar dan dia membenarkan aku keluar.

Jantungku berdegup pantas."Mengapa aku dipanggil?Apakah salahku?Adakah hal ini berkaitan dengan gadis yang bernama Ainul Mardihah tadi?"Pelbagai soalan sedang menari-nari dikotak fikiranku.Tanpa membuang masa,aku mempercepatkan langkahku menuju kearah bilik pengetua.

Tiba sahaja dihadapan pintu,aku memberi salam lantas memasukinya.

"Taal ya Asyraf..." Arah Tuan Guru.Apabila aku pandang satu sosok tubuh dihadapannya...Gadis itu berpaling kearahku 

"Subhanallah..Benarkah ini Ainul Mardhiah yang aku kenal dahulu?Dia semakin cantik."Hatiku berbisik.Pandangan kami bertaut seketika namun cepat-cepat aku menundukkan kepala.

"Enta ta'rifin?" Tuan Guru cuba memancingku dengan soalannya.Mungkin mahu menguji kejujuranku.

"Naa'm ya  ustaz.." Jujurku.Tiada gunanya jika aku menipu sebab memang aku kenal gadis itu.

"Asyraf..Niat saya panggil kamu ini nak cakap sesuatu.Mungkin ianya terlalu awal.Tapi Ainul Mardhiah ini puteri saya.."Kata-katanya terhenti disitu.Aku menelan liur menanti kata-kata yang seterusnya.

"Perkahwinan adalah satu ikatan suci antara dua hati.Bagi menghalalkan hubungan itu daripada menjadi hubungan yang tidak diredhai dan tidak disenangi..meskipun kalian berkawan,bertunang,namun islam tidak menghalalkan cara kalian bergaul.Memang islam juga menyuruh kita untuk mengenali pasangan kita terlebih dahulu.Tapi dengan cara yang bagaimana?"Kata-katanya amat mendalam maksudnya.Aku cuba menelan sedikit demi sedikit agar bisa ku fahami apa yang cuba disampaikan oleh ustaz.

"Asyraf..Saya dah lama kenal kamu.Keluarga kamu juga malah masalah yang telah kamu alami sehingga takdir membawa kamu kesini."Sambung Tuan guru lagi.Aku semakin tidak faham.Apa yang telah berlaku sebenarnya?

Terimbau kembali peristiwa malam itu..Ibu bergaduh dengan ayah.Syarikat kami muflis dan ayah cuba lari dari hutang.Tapi sebagai gantinya aku haruslah bernikah dengan anak seorang korporat dari Cahaya Holdings dan syarikat ayah akan selamat.Aku tidak sanggup kerna aku sudah pun terlanjur mencintai Ainul Mardhiah.Namun gadis itu menghilang setelah peristiwa kami tertidur dihotel seminggu sebelum ayah muflis.Tapi aku berani bersumpah yang aku tidak menyentuhnya walaupun dengan satu jari dan jika benar aku menyentuhnya malam itu..Aku siap untuk bertanggungjawab.

"Asyraf..Nikahilah Mardhiah.Fikirkanlah..Usia kamu pun tak lama lagi akan mencecah angka 19 tahun.Memang ianya terlalu awal.Tapi,benda yang baik tidak salah kita percepatkan."Aku hanya memandang Ainul Mardhiah.Gadis itu hanya tunduk membisu.Mungkin malu untuk berhadapan denganku.Aku tidak yakin bagaimanakah aku bisa tidur dengan gadis itu pada malam majlis hari jadi sahabatku Imran?

"Imran..Ya Allah..Dia yang bagi aku minum air coca cola hari tu..."Bayang Imran bin Tan Sri Ahmad mula menerjah keruang minda.

"Habis tu,kalau aku diberi ubat tidur?Bagaimana pula Ainul Mardhiah boleh tertidur sama?"Pelbagai soalan bermain difikiran.Semakin aku memaksa semakin sesak dalam dada.

"Kenapa ni enta ada masalah ke?"Aju Muaz.Dari tadi dia lihat Asyraf asyik termenung.Hendak dibiarkan takut dia tidak fokus.

"Tidaklah...Ana baik-baik sahaja."Jawabku lemah.Aku mengeluh berat.Muaz masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Asyraf namun dia tidak mahu memaksa sahabatnya itu.

"Janganlah kamu merasakan beban yang ditanggungmu itu lebih berat walhal ramai lagi insan diluar sana mengalami yang jauh lebih berat dari kamu."
Aku memandang wajah Muaz.Mengapa dia mengucapkan kata-kata itu?
"Ana yakin enta mesti pernah dengar kata-kata ini kan?Sudahlah..Jangan dikesal apa yang telah berlaku.Meskipun ana tidak tahu pucuk pangkalnya,tapi setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.."Terang Muaz.Aku mengangguk tanda setuju.Aku mengakhirkan lamunanku disitu sahaja lantas berjalan menuju ke bilik bacaan.

bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan