Ahad, 7 Julai 2013

jab tak khai jaan....( menanti waktu..)

cinta memang memerlukan waktu..waktu untuk kita benar2 bersedia menerima cinta tersebut.benar2 bersedia untuk menghadapi cinta tersebut.cerita ini bermula dengan satu watak yang dipegang oleh shah rukhan ( samar anand ) dan seorang perempuan bernama Meera serta akira.cinta tiga segi dan complicated.

samar anand merupakan seorang yang kuat bekerja ceria dan sentiasa yakin dengan dirinya.prinsipnya tak pernah berubah.kali pertama dia bertemu dengan meera seorang gadis cantik yang mulus dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya raya.bapanya merupakan seorang ahli perniagaan di London dan dia membesar disitu sehinggalah umurnya 24 tahun.

takdir mula berubah apabila anand sudah mula tertaut pada meera.walaupun tidak pernah bertegur sapa,dan semua kisah cinta mereka baru sahaja bermula ketika mereka mula2 kenal antara satu  sama lain dimana meera terpaksa belajar menyanyi dalam loghat india untuk membanggakan bapanya.

meera merupakan seorang gadis yang amat pemalu dan sensitif mudah meradang.akhirnya samar anand membawa meera masuk kedalam dunianya.dan saat itulah anand menyatakan cintanya.

"cinta tak semestinya memiliki..."

klimaks cinta ini bermula apabila mereka sama2 jatuh cinta dan berlaku satu kemalangan yang menimpa anand menyebabkan meera membuat keputusan yang drastik untuk meninggalkan anand skirnya lelaki itu diberi peluang untuk terus bernafas.

meera berdoa sekiranya lelaki itu diberi peluang utk terus bernafas...dia akan meninggalkan anand tanpa obtion.kerana dia tidak mahu kehilangan anand hanya kerana lelaki itu bersamanya.itu merupakan kepercayaan meera.

jadi dia menipu anand dgn menyatakan bahawa dia akan berkahwin dengan sahabatnya robert yang juga merupakan mantan kekasihnya.anand terkesima.anand diminta untuk meninggalkan kota london agar gadis itu tidak bisa melihatnya lagi.jadi keputusan sudah dibuat.

akhirnya anand pulang ke GOA dan menjadi tentera dibahagian pengeboman digoa.lelaki itu hilang rasa takut akan mati setelah 10 tahun meninggalkan kota london lalu disitulah dia menemui akira.setelah 10 tahun hilang senyuman,dan masih lagi setia dengan cinta pertamanya..hidupnya kembali ceria seperti 10 tahun lalu setelah menemui akira.gadis itu amat mencintai anand.dan dia tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan hati lelaki itu.

jadi dia membuat keputusan untuk merakam diri anand lalu dimasukkan kedalam watak cerita yang bakal dibuatnya.akira merupakan seorang penerbit yang berani menempuhi cabaran.sehinggalah suatu hari...anand dilanggar oleh sebuah kereta kerana cuba menyelamatkan akira.

segala2nya berubah....anand tidak kenal siapa akira.nama yang disebut selepas tersedar daripada koma ialah                
meera...jadi akira membuat keputusan untuk mencari meera bagi memulihkan ingatan anand.apa yang anand lihat hanyalah meera,meera dan meera.msih lagi tidak sedar bahawa umur dia sudah menjangkau 38 tahun.malah dia turut berfikir bahawa dia telah berkahwin dengan meera.kerana lakonan meera sekadar untuk memulihkan ingatan anand yang menghidapi amnesia.

sehinggalah ketika anand distesen kereta api,dan berlaku satu perkara yang besar.iaitu terdapat bom didalam kereta api tersebut.ingatan anand mula pulih sedikit demi sedikit..dan dia berjaya menghapuskan bom daripada meletup.dia kembali menegakkan kebenaran dgn membuat prank perkahwinan semula dengan meera.dan hal itu berjaya membuatkan dia meninggalkan meera semula untuk mengejar akira.namun akira menolak cintanya dengan mengatakan...

"saya sudah pun menjadi seperti awak.mungkin 10 tahun lagi saya akan menemui orang yang sama seperti saya."akira mengambil keputusan untuk berundur daripada cinta sejati.anand teruskan tugasnya sebgai major dia goa.dan meera kembali untuk menyatakan cintanya semula kegoa.akhirnya merka berdua berkahwin...

apa yang saya nak sampaikan kat sini ialah....keyakinan...anand percaya bahawa cinta ada permulaan,dan ada pengorbanan.demi menyedarkan meera yang hakikatnya kematian itu bukanlah dari malang seseorang memakan masa 10 tahun dia masih setia menunggu.

keyakinan xsmua manusia ada..ini dalam soal cinta.begitu juga dengan persoalan yang lainnya.