Isnin, 20 Mei 2013

sukar~

assalamualaikum..

hem...nak share something..Orang kata cinta pertama tak selalunya dapat bersama.Termasuklah apa yang pernah aku alami dahulu.Sebab kita sebagai manusia tak mampu nak menghalang diri kita daripada merasakannya.

Sebab perkara ini termasuk dalam fitrah kita sebagai manusia.Terimbau kembali siapakah cinta pertamaku.Sebagai gadis yang berumur 13 tahun,aku diperkenalkan oleh sahabat-sahabatku tentang dunia kapel.Namun,bukan itu yang aku mahu.Aku punya prinsip yang aku pegang sehingga hari ini."Cinta hanyalah selepas nikah"

yep,tapi semua itu tidak bertahan lama.setelah aku berpindah sekolah ke Perak,aku berlari kerana bergegas kekelas.Ketika itu aku kembali ketingkatan satu atas alasan ingin belajar semula apa yang telah dipelajari semasa aku berada disekolah sekuler dahulu.Takdir menemukan aku dengan seorang lelaki ketika itu,aku terlanggar dia.Habis buku-buku yang dibawanya jatuh.Dia hanya mengenakan baju sukan sekolah sahaja.Kemungkinan dia adalah senior sekolah ku.Jadi aku memohon maaf setelah mengutip buku-buku itu lalu pamit.

Tiba sahaja dikelas,aku terus duduk disebelah sahabatku Fatin.Tiba-tiba,datang seorang guru masuk kedalam kelas kami.Aku terkejut melihat lelaki itu.Rupa-rupanya dia merupakan guru kelasku dan merangkap guru matematik ku.Ya Allah mati-mati aku ingat mamat nieh pelajar rupa-rupanya dia seorang guru disini.

lelaki itu berjalan menuju kearahku.Aku hanya menundukkan wajah menahan malu."Ya Allah...Harap-haraplah dia lupa pasal tadi."bisikku.

"baiklah siapa diantara kamu yang mahu menjawab soalan ini."Ajunya.Semua pelajar 1 Abu bakar mendiamkan diri.Aku mengangkat tangan.

"Hah ye kamu.Sinilah"Lembut sahaja pertuturannya.Aku bingkas menuju kehadapan.Dia berjalan kemejaku lalu duduk disitu.

"keciklkan tulisan dia."Guru itu berbisik pada kawan-kawanku.AKu mula meradang.Aku berpaling kebelakang,lantas menjerit "Dah okeylah ni!"tak semena-mena aku jadi marah kerana guru itu.

Guru itu hanya ketawa sahaja.Melihat senyuman dia buat aku tergamam "manisnya."Hatiku membisik.

Sejak hari itu,hari-hari aku berlalu dengan gembira.Kami sering bergaduh,tapi aku suka pergaduhan seperti itu.Sehinggalah suatu hari.....Kelas kami didatangi pensyarah,dan sepatutnya waktu itu merupakan kelasnya.Namun,kami tiada kerana kami perlu membantu guru kami dibilik tayangan.

dia merajuk,itulah kali pertama rasanya aku melihat dia merajuk.Comel sangat.Semua pelajar buntu tidak tahu apa yang harus kami perbuat.Jadi mereka meminta aku untuk memujuk guru itu kerana kami rapat sangat.

"Ah...kamulah pergi pujuk kenapa ukhti lak?"ajuku.Jadi mereka pergi memujuknya.Namun mereka balik dengan kecewa.

"Betul ke dia merajuk..Alolo comeinya.hahaha."Aku ketawa.Jadi aku menulis sepucuk surat untuk memujuk.Aku pada mulanya hanya lalu sahaja dihadapan bilik guru lelaki itu,sebab nak mengintainya.Dia terpandang aku kemudian menundukkan semula wajahnya.Aku berasa semakin kelakar.

Aku meminta bantuan daripada sahabat karibnya yang merupakan guru geografi disitu.

"Cikgu meor,tolonglah bagi kat cikgu hafiz."Rayuku.

"kamu bagilah sendiri.Dia marah tu saya tak tahu."

Aku hilang arah.Tanpa pedulikan keadaan bilik guru yang sesak dengan pelajar ketika itu,aku meletakkan surat tersebut disebelahnya kemudian pulang kekelas.

"kak wan,dah bagi belum?"Aku dikeremuni kawan-kawan.Aku hanya mampu mengangguk.Kemudian kami terlihat kelibat cikgu hafiz.

"Duduk tak yah bangun.kita dah lambat"WAjahnya serius.Aku hanya tersenyum bangga kerana dapat memujuk seorang guru yang kiut dan meletup didalam sekolah itu.

kami belajar matematik hari itu dalam suasana yang sunyi sepi.Sebelum cikgu keluar daripada kelas,cikgu meminta agar buku latihan dihantar hari juga ke atas mejanya.Aku menulis sepucuk lagi surat lalu menghantar padanya sebelum beredar.

dia membuka buku tersebut dan terkejut melihat surat tersebut.lalu diambilnya.

"eh apa ni?hahaha okey yang ni tak boleh letak dalam ni jadi kene pindahkan kesini."Guraunya.surat yang berada didalam lipatan buku tadi diambil lalu dimasukkan kedalam poket bajunya.Dia tersenyum begitu juga aku.


Namun semuanya berubah bila aku naik tingkatan dua.Aku menjadi seorang pengawas disiplin sekolah ketika itu.Manakala cikgu Hafiz pula merupakan guru pengawas.Patutlah dia tahu aku ni pengawas ke tak.Kenapa aku katakan semuanya berubah,sebab kami dikira berangkat,tapi aku tahu bahawa aku cintakannya ketika itu.Aku menjadi wakli catur dalam peringkat daerah manong.

jadi aku tak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap pelajaran hal ini menyebabkan pelajaran aku merosot.malah sepupuku pula menjadi seorang guru disitu menyebabkan banyak halangan daripada aku berhubungan dengan cikgu hafiz.tiba-tiba...satu hari,aku mendapat berita bahawa dia sebenarnya sudah pun bertunang namun dia merahsiakan nya daripada semua orang.

hatiku benar-benar hancur.peperiksaan sudah semakin hampir.apatah lagi hari guru.aku gagal dalam pelajaran matematik yang diajarnya.malah subjek lain juga gred aku rendah dan tak berapa baik.dia masuk kedalam kelas dan memarahi kami."Ya Allah,inilah kali pertama aku melihat dia marah sebegini."Surat berhenti sekolah sudahpun ku tulis.

aku rapat dengan cikgu nik khairiah.dia ada jugak bertanya sekiranya terdapat masalah yang melandaku sehinggakan aku membuat keputusan untuk berpindah sekolah.Namun aku hanya mendiamkan diri sahja.

hari guru itu...adalah hari terakhir aku melihatnya.Namun,satu berita tergempar telah kami terima,dia excident.Aku ingin melawatnya kali terakhir sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur,dan aku pergi kehospital kuala kangsar.Tapi ketika sampai sahaja dipintu,aku melihat bakal istrinya berada disitu..Aku berasa sakit hati..sakit yang teramat.Jadi aku membatalkan niatku daripada melawatnya ketika itu.Aku pulang ke kuala lumpur membawa hati yang lara.Seriusly sakitnya kehilangan cinta pertama.Apabila tiba dirumah,3 bulan selepas aku memasuki sekolah baru,aku mendapat berita bahawa dia sudah bernikah.

cinta pertama memang sukar untuk ku lupakan meskipun usiaku sudah menjangkau 20 tahun.Orang kata memang tak berfaedah.Lagi-lagi pelajar tingkatan 2 cam aku minat kat seorang guru yang tampan.Hahaha

tapi sebenarnya tak membazir bagiku..sebab aku mengenali seseorang yang benar-benar baik dalam dunia ni.merupakan lilin pada pelajar lain,dialah guruku.dan sekarang..aku mintak sangat2 agar cinta pertama seseorang ini berjaya diraihnya.aku tak nak dia merasa sakit macam aku.sebab kehilangan cinta pertama tu,buat aku jadi tak serius ngan semua laki yang melamarku.

membuatkan prinsip aku kembali menjadi hatiku...semoga berjaya wak ^_^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan